Saturday, December 28, 2013

INFO BENGKEL MENCATING BATIK



BENGKEL MENCANTING BATIK

Info Mengenai Bengkel Mencanting Batik

Tarikh : 29 March 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Aras 5, Politeknik METrO Kuantan.
Bayaran : RM 20 seorang

Jika anda berminat boleh hubungi 
PMKu : 09-565 9000
untuk pendaftaran.

Atur Cara Program :-

7.30 - 8.30 pg: Pendaftaran peserta

9.00 - 10:00 pg: Pengenalan jenis-jenis batik

10:00 - 1:00 ptg : Praktikal / aktiviti mencanting

1:00  : Bersurai






BENGKEL MENCANTING BATIK


Pihak Politeknik METrO Kuantan akan mengadakan satu bengkel mencanting batik yang terbuka kepada semua penduduk Kuantan. Bengkel Mencanting Batik ini dianjurkan sepenuhnya oleh Pihak Politeknik METrO Kuantan. Bengkel ini akan diajar oleh tenaga pengajar professional yang kami jemput khas. Bengkel ini diadakan untuk memperkenalkan kraftangan batik yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan dan sebagai tarikan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Objektif bengkel ini diadakan adalah :-

1. Membantu menjana ekonomi individu yang berpotensi menceburi bidang yang menguntungkan.
2. Mempelbagaikan kemahiran sedia ada.
3. Membina perniagaan dirumah atau mana-mana sahaja.
4. Peluang memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang  rendah.
5. Peserta boleh mengayakan pakaian   melalui hasil kreativiti sendiri .

Sepanjang bengkel ini berlangsung peserta yang hadir akan diajar cara-cara mencanting batik yang betul. Selain itu, Setiap peserta yang hadir akan  disediakan kit bati, dimana peserta dapat mencanting  batik mengikut kreativiti sendiri. Bukan itu sahaja, sijil turut disediakan kepada peserta yang hadir pada hari tersebut.


Wednesday, December 18, 2013

CARA - CARA MENCANTING BATIK



CARA - CARA MENCANTING BATIK YANG BETUL

Langkah - langkahnya menghasilkan batik adalah seperti berikut :
  1. Langkah pertama
    Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan morif boleh dipilih daripada koleksi MasterWan Batik.      

  2. Langkah kedua
    Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar. 
  3. Langkah ketiga
    Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh.  
  4. Langkah keempat
    Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus.  Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas.  Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.

Bengkel Mencanting Batik



Sejarah Batik


      Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.

     Batik Indonesia, sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan budaya yang terkait, oleh UNESCO telah ditetapkan sebagai Warisan Kemanusiaan untuk Budaya Lisan dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober, 2009.

    Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping itu

                 Terdapat dua jenis batik iaitu Batik Indonesia dan Batik Malaysia.

BATIK MALAYSIA


BATIK INDONESIA