Sejarah Batik
Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan
"nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang
mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk,
antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik
telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau
Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali
dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran,
Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada
budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi
negara-negara Asia Tenggara.
Batik
Indonesia, sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan
budaya yang terkait, oleh UNESCO telah ditetapkan sebagai Warisan Kemanusiaan
untuk Budaya Lisan dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and Intangible
Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober, 2009.
Pada masa
kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa
berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping itu
Terdapat dua jenis batik iaitu Batik Indonesia dan Batik Malaysia.
BATIK MALAYSIA |
BATIK INDONESIA |
No comments:
Post a Comment